Uqasha Senrose Tegaskan Masalah Rumah Tangga Bukan Sebab Orang Ketiga, Tak Halang Kamal Adli Jumpa Anak

Pelakon Uqasha Senrose, 33, menegaskan spekulasi kononnya pergolakan rumah tangganya disebabkan kemunculan orang ketiga adalah tidak benar.


Uqasha berkata, sehingga ke hari ini dia hanya kekal bersama keluarganya sahaja dan tiada orang ketiga.


"Saya memang sentiasa dengan keluarga saya. Sampai hari ini pun saya bersama keluarga saya. Jadi siapa sebenarnya yang bersama kawan-kawan?" katanya.


Ketika ditanya usaha suaminya Kamal Adli, 39, mahu memujuknya, Uqasha enggan mengulas panjang dan hanya memaklumkan bahawa segala-galanya sudah dijelaskan kepada pihak media.




"Cukuplah saya boleh katakan, saya hanya mahu selamatkan diri dan anak saya daripada kemudaratan, sama ada fizikal mahupun mental," katanya.


Sementara itu, Peguam Syarie mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian berkata, tiada kehadiran individu ketiga atau 'penasihat luar' yang mencampuri urusan rumah tangga pasangan itu.


"Tidak wujud orang ketiga ataupun orang luar yang menasihati rumah tangga Uqasha dan Kamal," katanya.


Katanya, sebelum permohonan cerai difailkan, Uqasha sudah bertemu dengan keluarga Kamal untuk berbincang bagi mencari jalan terbaik tentang kemelut rumah tangganya. 


Uqasha turut menyatakan dia tidak pernah menghalang suaminya Kamal Adli, 39, bertemu dengan anak tunggal mereka, Hawra Uqaira, 1 tahun 9 bulan, meskipun berdepan kemelut rumah tangga.




Peguam Syarie mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian berkata. pertemuan Kamal dengan anak perempuannya dirancang pasangan itu, bukan pertemuan secara tidak sengaja seperti didakwa.


"Isu (jumpa) anak tu, kami percaya pada 10 November lalu bahawa Kamal sudah berjumpa dengan anaknya. Kamal ada bawa anak mereka pergi berjalan.


"Hakikatnya, Kamal sudah berbincang dengan adik Uqasha, Nelydia dan sudah merancang untuk membawa anaknya berjumpa dengan Kamal," katanya sekali gus menafikan dakwaan Kamal kononnya pertemuan bersama anaknya tidak disengajakan.


Sementara itu, Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata, dia akan membenarkan Kamal untuk berjumpa anak mereka pada bila-bila masa.


"Dia (Kamal) boleh sahaja jumpa Hawra pada bila-bila masa dan saya tak pernah halang," katanya.




Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu, manakala prosiding pertama berlangsung pada 22 Oktober lalu.


Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis pernikahan di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang anak perempuan.


SUMBER: HARIAN METRO



0 Comments

|

384 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content