Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Pelakon Vanidah Imran mengakui sedang berusaha memperbaiki diri ke arah menutup aurat dengan lebih sempurna dan berharap diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dalam perjalanan tersebut.
Menurut Vanidah atau nama sebenarnya Vanidah binti Imran, 53, hasrat untuk berhijab sentiasa hadir dalam dirinya dan kini dia mengambil langkah secara berperingkat bagi merealisasikan niat tersebut.
“Doakan saya kerana perkara itu (menutup aurat) pasti berlaku.
“Hati ini sentiasa ada (niat) jadi saya mencari jalan untuk perlahan-lahan ikut memakai hijab. Itu usaha saya.
“Kalau kita berdoa tapi tak ada usaha pun tak guna kan. Jadi saya perlahan-lahan cuba (menutup aurat),” katanya kepada mStar.
Vanidah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi pratonton media pementasan Mak Yong Shakespeare: The Comedy Of Errors yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur pada Rabu.
Mengulas lanjut, pelakon berkenaan berkata usaha untuk menutup aurat sebenarnya sudah lama dilakukan, namun dia mengakui cabaran terbesar adalah untuk kekal istiqamah.
“Kalau ikutkan dah lama saya cuba untuk menutup aurat. Disebabkan itu orang boleh nampak di IG saya kejap pakai tudung, kejap tak pakai pula.
“Istiqamah itu bukan mudah tapi kita usaha. Saya kena perbaiki diri dan solat, itu semua saya kena buat.
“Supaya nanti kalau diuji saya buka pula aurat. Takut,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Vanidah meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang terlibat dalam pementasan Mak Yong Shakespeare: The Comedy Of Errors arahan Profesor Madya Dr Norzizi Zulkifli.
Menurutnya, peluang bekerjasama dengan pengarah tersebut merupakan satu penghormatan memandangkan Norzizi sering tampil dengan idea kreatif yang masih mengekalkan unsur budaya tempatan.
“Saya sangat teruja apabila mendapat tahu pementasan kali ini diadakan di DFP. Alhamdulillah saya dapat peluang ini.
“Pada awalnya bila Zizi (panggilan Norzizi) mesej untuk projek ini, saya tak tahu untuk watak apa. Saya terima apa saja.
“Bagi saya dapat bekerja dengan Zizi adalah satu penghormatan kerana dia membawa idea baru tetapi dalam masa sama masih mengekalkan budaya kita,” katanya.
Pementasan Mak Yong Shakespeare: The Comedy Of Errors dijadualkan berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas pada 25 Julai depan.
Sumber: Utusan
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|4 Views
No Comments yet
Be the first to comment.