Yana Lee Dakwa Nama Cik Epal Digunakan Dalam Permohonan Dana RM100,000

Usahawan yang juga pemilik jenama Leeyanarahman, Yana Lee tampil mendakwa beberapa nama individu dan syarikat telah digunakan bagi mendapatkan dana atas alasan pelaburan.

Nur Liyana Abdul Rahman atau Yana, mendakwa nama Cik Epal juga digunakan dalam satu urusan mendapatkan dana berjumlah RM100,000 kononnya untuk dilaburkan ke dalam HijabistaHub.

Bagaimanapun, Yana mendakwa pihak HijabistaHub tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara tersebut malah tidak menerima sebarang dana seperti yang didakwa.

"Melibatkan Cik Epal, minta funding RM100,000 kononnya untuk dilaburkan pada HijabistaHub.

"Namun, pihak HijabistaHub tidak mengetahui apa-apa mengenainya dan tidak pernah menerima sebarang dana tersebut," katanya menerusi hantaran di Threads.

Dalam masa sama, Yana mendakwa terdapat beberapa lagi situasi yang melibatkan penggunaan nama syarikat dan jenama tertentu bagi mendapatkan dana daripada pihak lain.

Menurutnya, nama Leeyanarahman, HijabistaHub dan Shawl Publika didakwa digunakan untuk tujuan pengumpulan dana pelaburan tanpa pengetahuan syarikat-syarikat berkenaan.

"Hakikatnya, semua jenama ini tidak pernah meminta dana tersebut dan tidak pernah menerima walau satu sen pun daripada dana yang dikumpulkan," ujarnya.

Pendedahan tersebut merupakan sebahagian daripada beberapa siri dakwaan yang dikongsikan Yana berhubung isu melibatkan individu yang dipercayai pernah menguruskan hal kewangan syarikat miliknya.

Dalam hantaran sama, Yana memberi bayangan bahawa individu yang didakwa terlibat bukanlah orang asing, sebaliknya seseorang yang selama ini diberikan kepercayaan penuh untuk menguruskan hal kewangan syarikat.

Menurutnya, isu tersebut lebih menyakitkan kerana membabitkan pengkhianatan daripada individu yang dianggap sebagai sahabat rapat dan penjaga amanah.

"Kisah ini bukan sekadar tentang wang ringgit atau nilai kepercayaan yang diragut. Yang lebih besar daripada itu adalah pengkhianatan terhadap kepercayaan yang diberikan oleh insan yang selama ini dianggap penjaga amanah kewangan syarikat dan sebagai seorang 'sahabat syurga'," tulisnya.

Yaana turut memberi bayangan bahawa masih terdapat beberapa lagi pendedahan yang akan dikongsikan kepada umum dalam masa terdekat berhubung isu berkenaan.



0 Comments

|

7 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content