Yana Samsudin Jadi Inspirasi, Naik Pentas Terima Ijazah Walau Masih Berpantang

Meskipun masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak keempat, pelakon dan pengarah, Yana Samsudin, tetap hadir ke Majlis Konvokesyen Ke-20 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) semalam bagi menerima Ijazah Sarjana Eksekutif Pengurusan Korporat.


Yana, yang ditemani suaminya Fadzil Zahari dan ibunya, dilihat tersenyum ketika melangkah ke pentas menerima ijazah daripada Naib Canselor UMPSA, Prof. Dr. Yatimah Alias, dalam sesi kelima majlis berkenaan.


Menurut Yana, kehadirannya ke majlis graduasi itu merupakan simbol penghargaan terhadap segala usaha dan pengorbanan yang dilakukan sepanjang tempoh pengajian.


                                                                


"Saya masih belum pulih sepenuhnya, tetapi majlis ini terlalu bermakna untuk saya lepaskan. Tarikh ini sepatutnya jangkaan bersalin, namun ditakdirkan saya bersalin awal. Jadi Allah beri peluang untuk saya naik ke pentas dengan jubah konvokesyen," katanya.


Yana turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada suami serta keluarga yang sentiasa memberikan sokongan moral sepanjang perjalanan akademiknya.


Katanya, cabaran menamatkan pengajian bukan perkara mudah kerana perlu membahagikan masa antara tanggungjawab sebagai ibu, isteri dan kerjaya dalam industri seni.


"Alhamdulillah, semua penat lelah akhirnya berbaloi. Terima kasih kepada suami dan keluarga yang banyak membantu," katanya lagi.


Dalam masa sama, Yana berpesan kepada wanita dan pelajar di luar sana agar tidak mudah berputus asa dalam menuntut ilmu serta terus mengejar impian walau berdepan pelbagai cabaran.


Kisah Yana yang tetap menghadiri majlis konvokesyen ketika masih berpantang menjadi inspirasi kepada ramai wanita untuk terus kuat menimba ilmu demi masa depan diri dan keluarga.


SUMBER: Mingguan Wanita



0 Comments

|

502 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content