Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
KUALA LUMPUR: Berbaki seminggu sebelum pelayaran Global Solidarity Flotilla (GSF) tiba di Gaza, misi kemanusiaan itu berdepan detik mencemaskan apabila konvoi mereka semakin kerap diekori dron selain diancam dengan beberapa letupan di perairan antarabangsa.
Berkongsi pengalaman ngeri itu, penyani popular, Zizi Kirana yang turut menyertai misi kemanusiaan itu memberitahu, setiap peserta dinasihatkan kekal tenang dan bersedia dengan sebarang kemungkinan, terutama menjelang kemasukan ke zon merah dalam tempoh beberapa hari lagi.
"Wallahualam, tak tahu dron dari mana, tapi sejak awal ada sekitar 15 dron yang dihantar. Sekarang ini mereka seperti menjatuhkan sesuatu. Ada gas, ada juga serbuk seperti 'gun powder' ke atas beberapa kapal.
"Selain itu, ada juga yang dijatuhkan ke laut hingga kedengaran bunyi letupan dari pelbagai arah. Kami dijangka tiba ke Gaza dalam tujuh atau lapan hari lagi. Sekarang sudah berada di zon kuning, jadi dua atau tiga hari lagi akan masuk ke zon merah," katanya ketika dihubungi penyampai segmen Pagi On Point Kool 101, Datuk Aznil Nawawi bersama Muaz Mohamed dan Haiza Hanafi, pagi tadi.
Sumber rujukan: Berita Harian
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|249 Views
No Comments yet
Be the first to comment.