Zul Ariffin Akui Merokok Tabiat Buruk, Mohon Maaf Kepada Yang Menegur

Pelakon Zul Ariffin mengakui tindakannya memuat naik video memaparkan dirinya sedang merokok dalam media sosial merupakan satu tabiat buruk yang tidak wajar dicontohi.

Menurut Zul, 40, perkongsian tersebut tidak berniat untuk mempromosikan atau menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

"Perkara itu adalah tabiat buruk yang tidak digalakkan dan tidak dipromosikan oleh saya. Video itu cuma saya duduk ambil angin, minum kopi.

"Tiba-tiba datang entah dari mana ucap tahniah kepada saya. Tahniah itu sarkastik.

"Jadi bila kau mula dengan sarkastik, saya balas balik. Itulah yang keluar dan tular," katanya.

Zul berkongsi perkara itu ketika ditemui pada malam gala filem Tarung: Unforgiven di Kuala Lumpur.

Dalam masa sama, aktor filem tersebut turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada mana-mana pihak yang menegurnya secara baik mengenai perkara berkenaan.

"Saya nak ambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua yang menegur saya tentang perbuatan itu sepanjang saya menggunakan media sosial.

"Kepada semua yang tegur secara baik, saya minta maaf," ujarnya.

Bagaimanapun, Zul menegaskan dia tidak akan memohon maaf kepada individu yang meninggalkan komen keterlaluan atau bersifat menghina.

"Saya takkan minta maaf kepada penunggang agama atau kesihatan itu.

"Saya takkan minta maaf kepada semua orang yang komen buruk-buruk dan melampau dalam Threads.

"Kalau kau orang komen macam itu, itu menggambarkan akhlak kau orang, bukan akhlak saya," katanya.

Terdahulu, hantaran Zul dalam media sosial yang memaparkan dirinya sedang merokok mencetuskan pelbagai reaksi netizen, termasuk teguran daripada Public Health Malaysia.

Sumber: mStar



0 Comments

|

12 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content