Zul Ariffin Langgar Prinsip Demi Tarung: Unforgiven

Pelakon Zul Ariffin mengakui sudah lama menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengan pengarah generasi baharu, Razaisyam Rashid sebelum impian tersebut akhirnya menjadi kenyataan menerusi filem Tarung: Unforgiven.

Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, dia tidak menyangka peluang itu hadir lebih awal daripada jangkaannya.

"Sejak dahulu, saya tahu satu hari nanti akan bekerja dengan Razaisyam tetapi saya tidak tahu projek apa.

"Saya fikir mungkin kami akan bekerjasama ketika umur saya 50 tahun, tetapi alhamdulillah rezeki datang lebih awal selepas Aedy Ashraf muncul dan suarakan tentang filem ini," katanya.

Tambah Zul, komitmen tinggi Aedy sebagai penerbit turut menjadi antara sebab utama dia bersetuju menyertai filem tersebut.

Memegang watak Ayah Badrul, Zul menyifatkan Tarung sebagai antara naskhah terbaik pernah dibintanginya sepanjang bergelar anak seni.

"Filem ini sangat mengagumkan dan dihasilkan dengan baik. Melihat prestasi semua pelakon seperti Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Amir Ahnaf dan Azira Shafinaz buat saya rasa sangat bertuah dapat terlibat," ujarnya.

Menurutnya, ketelitian Razaisyam sebagai pengarah jelas terserlah sehingga ke perkara kecil dalam setiap babak.

“Bekerja dengan Razaisyam, dia sangat teliti sehingga sekecil-kecil perkara pun diperhatikan.

“Ada babak dia kurang puas hati dengan posture badan dan nada suara saya, tetapi saya tidak rasa ia menjengkelkan,” katanya.

Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 itu berkata, sikap cerewet pengarah berkenaan sebenarnya membantu seluruh pasukan menghasilkan karya terbaik.

Dalam masa sama, Zul mendedahkan dia sebenarnya pernah berjanji kepada diri sendiri untuk tidak terlibat dalam filem bertemakan gengsterisme.

"Secara peribadi, dahulu saya pernah kata tidak akan terlibat dengan sebarang filem yang mengetengahkan gengsterisme.

"tu janji saya pada diri sendiri dalam kerjaya sebagai pelakon," katanya.

Bagaimanapun, Zul berkata dia sanggup mengambil risiko menerima naskhah tersebut selepas memahami jalan cerita sebenar yang lebih menekankan emosi dan hubungan kekeluargaan berbanding unsur keganasan.

"Sebab apa yang penonton lihat, Tarung bukan mempromosikan keganasan atau dunia gelap.

"Skrip lebih kepada emosi, dendam, persahabatan, keluarga dan menjaga antara satu sama lain," katanya.


Sumber: Kosmo! Online



0 Comments

|

7 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content