Zul Ariffin Nikmati Pengalaman Pertama Saksikan Piala Dunia Secara Live

Pelakon Zul Ariffin meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menyaksikan sendiri aksi Kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 di Amerika Syarikat, sesuatu yang disifatkannya sebagai impian yang akhirnya menjadi kenyataan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 40, berkata pengalaman berada di stadium ikonik di Los Angeles (LA) memberikan kenangan yang tidak akan dilupakannya.

"Alhamdulillah! Ini kali pertama saya hadir secara langsung ke Piala Dunia. Berada di stadium terkenal di LA, tempat persembahan hebat seperti Super Bowl, memang satu mimpi jadi kenyataan.

"Saya sempat menonton perlawanan England dan Bosnia, memang pengalaman paling menyeronokkan dalam hidup.

"Permainan bola sepak sangat hebat, suasana pula luar biasa. Saya menikmati setiap detik di sini. Ini benar-benar impian Piala Dunia saya, semuanya hasil peluang bersama KIA. Boom!" tulisnya di ruangan kapsyen.

Lebih istimewa, perjalanan pertama Zul ke negara berkenaan direalisasikan menerusi tajaan penuh daripada KIA Malaysia dan KIA Asia Pacific.

Perkongsian tersebut turut mengundang perhatian pengikutnya, terutama peminat bola sepak yang tumpang gembira melihat aktor berkenaan dapat merasai sendiri kemeriahan kejohanan paling berprestij dunia itu.

"Seronoknya, suasana stadium tu lain macam. Memang padu," tulis netizen.

"Rezeki betul, dapat tengok live World Cup," tulis seorang lagi warga maya.

Untuk rekod, Kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 membuka tirainya pada 11 Jun lalu di Stadium Azteca, Mexico City dan dijadual melabuhkan tirai menerusi perlawanan akhir pada 19 Julai depan.


Sumber: Harian Metro



0 Comments

|

6 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content