Pelakon dan pelawak Zulin Aziz mengakui dia kini bahagia meneruskan kehidupan secara solo dan tidak terburu-buru untuk mencari pengganti selepas perpisahan dengan bekas suami.
Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 37, berkata dia percaya setiap urusan termasuk soal jodoh dan perkahwinan sudah ditentukan pada waktu yang tepat.
Menurutnya, fokus utama ketika ini adalah kepada keluarga, kerjaya dan dirinya sendiri.
“Alhamdulillah, saya bahagia dengan kehidupan sekarang dan percaya setiap perkara ada waktunya. Kalau ada jodoh, insya-Allah saya terima dengan hati terbuka, tetapi buat masa ini saya lebih fokus pada keluarga, kerjaya dan diri sendiri.
“Bila usia sudah semakin matang, kita bukan lagi mencari seseorang yang sekadar membuatkan kita bahagia. Kita mencari seseorang yang membawa ketenangan dan boleh sama-sama membina masa depan,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Sebelum ini, Zulin dilaporkan bercerai dengan bekas suaminya, Farhan pada 18 Disember tahun lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022, namun tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang tempoh perkahwinan mereka.
Bagaimanapun, Zulin memilih untuk tidak berkongsi punca perceraian tersebut dan menghormati privasi kedua-dua pihak.
Sumber: Utusan
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|47 Views
No Comments yet
Be the first to comment.