Munafik
2016 | 98 minit

Horror ,

Thriller

Ustaz Adam ialah seorang ustaz dan pengamal perubatan Islam yang dikurniakan ‘kelebihan’ kerana setiap kali pesakitnya mengalami ‘gangguan’ mereka berjaya diubatinya mengikut cara perubatan Islam. Sikap merendah diri terhadap kelebihan yang ada pada dirinya itu amat disenangi oleh semua yang mengenalinya, terutama penduduk kampung di kawasan kediamannya. Kebahagiaan yang dikecapi Adam bersama isteri dan anaknya tidak bertahan lama selepas dia dan isterinya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang ngeri. Isterinya meninggal dunia di tempat kemalangan itu. Kematian isterinya, Zulaikha itu telah membunuh dan mematahkan semangatnya untuk meneruskan kerjayanya sebagai pengamal perubatan Islam. Adam seakan-akan tidak boleh menerima Qada & Qadar Tuhan. Keimanannya mula rapuh dan tergugat dan tidak sekuat seperti dulu. Adam mula murung dan mengasingkan dirinya dari jemaah masjid dan dia lebih selesa beribadat di rumah, ditemani anaknya Amir. Dalam masa yang sama, Maria, salah seorang penduduk di kampung Adam mengalami gangguan jin/syaitan yang teruk sehingga dia didiagnos menghidapi penyakit kemurungan (tekanan perasaan yang serius) oleh doktor pakar. Kemewahan hidup keluarganya tidak membawa makna apabila gangguan yang dialaminya semakin lama semakin menggila kerana hanya bergantung pada ubat penenang yang kesannya hanya sementara. Ayahnya pula terlantar sakit dan dijaga oleh ibu tirinya, Zati. Zati meminta bantuan daripada Imam kampung untuk memujuk Adam mengubati Maria selepas kejadian Maria dirasuk teruk dan rumah mereka semakin banyak gangguan, penampakan jin/syaitan. Sementara itu, Adam semakin tertekan kerana anaknya juga bersedih merindui arwah ibunya. Walau dalam keadaan tertekan, Adam terpaksa akur dan bersetuju untuk mengubati Maria selepas dipujuk dengan bersungguh-sungguh oleh Imam kampung. Bapa Adam, Rahim pula secara tiba-tiba datang melawat Adam dan cucunya. Dia juga menasihatkan Adam untuk membantu Maria. Gelagat Rahim yang agak pelik dicurigai Adam dan anaknya. Dari saat pertama kali Adam bertemu Maria, bermulalah misteri yang menimbulkan persoalan demi persoalan didalam pemikiran mereka. Ada misteri disebalik masalah yang cuba dirungkaikan tetapi masih tak berjumpa jawapannya. Episod demi episod Adam menerima gangguan yang menyentak kesedarannya. Gangguan ini menzahirkan satu persatu petanda untuk Adam. Pada malam yang sama, Imam Ali meninggal dunia akibat kemalangan yang berlaku disebabkan gangguan syaitan yang sama menganggu Maria. Dan Adam mengalami masalah pemikiran apabila anaknya Amir menelifonnya memberitahu datuknya tiada di rumah dan emaknya sekarang ada di rumah walaupun sebenarnya dia sudah meninggal dunia. Adam semakin tertekan ingin membawa mayat Zulaikha kepada anaknya sebagai bukti bahawa emaknya benar benar sudah meninggal dunia dan akhirnya Adam terjaga dan berasa lega bahawa ia hanya mimpi. Apabila Adam tiba di rumahnya tiba-tiba Adam terserempak Fazli yang berada di depan rumahnya. Fazli menasihati Adam supaya jangan jadi ustaz kerana kelakuan anehnya boleh mendatangkan munafik. Fazli menasihatinya menjauhkan dirinya daripada Maria. Rahim menasihati anaknya berjumpa dengan Ustaz Shah tetapi Adam menolak. Adam bergegas ke rumah Maria kerana Zati memberitahunya bapa Maria sudah ditemukan. Setiba Adam dirumah Maria dia langsung berjumpa dengan Zati dan Maria. Adam terjumpa songkok di bilik Pak Osman lalu mengambil songkok tersebut. Tiba-tiba keadaan bilik berubah aneh. Yang ada cuma batu nisan. Zati menelefon Adam. Dia memberitahu Adam dia dalam perjalanan ke hospital untuk berjumpa Maria. Adam menjadi gelisah akibat gangguan syaitan/jin. Di hospital Maria terjaga dari tidur dan merayau rayau di sekeliling perkarangan ward hospital. Tiba-tiba Maria terserempak dengan makhluk halus. Dia berlari ketakutan tanpa menyedari dia telah berlari menuju ke bilik mayat. Maria berasa panik sehinggalah Maria diculik. Adam sampai di hospital dan Zati memberitahunya tentang kotak kecil yang Adam jumpa. Di dalam kotak itu ada tangkal berbentuk orang. Adam menasihatkan Zati supaya menjauhkan dirinya dari perkara syirik dan menyerahkan kotak kecil itu kepada Zati untuk membuat laporan kepada polis. Maria menelefon Adam dan memberitahu Adam dia berada di banglo lama dan ingin memberitahu rahsia Maria. Adam sudah berada di banglo lama dan cuba mencari Maria. Tiba-tiba Adam ternampak banyak mayat disekeliling bilik itu. Adam berjaya berjumpa Maria dan mereka berjalan bersama-sama mencari jalan keluar. Tiba-tiba Adam ditarik oleh makhluk halus dan badannya dihayun dan dicampak beberapa kali disekeliling tembok disitu. Maria pula ditolak lalu jatuh dari tangga. Adam ingin membantu Maria dan ingin membongkar rahsia tentang kemalangan jalanraya yang berlaku pada Adam dan isterinya. Maria memberitahu Adam bahawa dia yang melanggar Zulaikha dan dia ingin mohon maaf kepada Adam atas perbuatannya tetapi Maria sudah meninggal dunia. Tiba-tiba Adam terserempak dengan Pak Osman. Pak Osman mengajak Adam menolak keimanan dan bergabung bersamanya dengan iblis/syaitan tetapi Adam menolak. Pak Osman mengarahkan makhluk halus untuk bunuh Adam tetapi Adam masih kuat dan tabah menghadapinya. Adam berdoa kepada Allah memohon pertolongan dan perlindungan diri dari hasutan syaitan/iblis. Akhir sekali, apabila doa sudah dimakbulkan oleh Allah, Pak Osman dipanah petir dan makhluk halus sudah lenyap. Rahim dan Ustaz Shah sudah berada di banglo lama dan bertemu dengan Adam. Ustaz Shah memberikan mainan Amir kepada Adam dan Rahim memberitahu yang Amir terlibat dalam kemalangan dan kembali ke rahmatullah. Adam berasa sangat sedih atas pemergian anak dan isterinya yang tercinta. Adam nekad dan berdoa untuk memulihkan keimanannay dan kembali ke jalan yang benar.

View more

Cast of Munafik

Actor · 10 credits

View all

Celebrities

View all

Similar Genre

View all

Most View

View all
x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content