Director

Datuk Hans Isaac

Producer

Datuk Hans Isaac

Tony Fernandes

Script Writer

Datuk Hans Isaac

Main Cast

Datuk Hans Isaac

Dato' AC Mizal

Dato' Afdlin Shauki

Dato' Awie

Ad Slot Available

This Space is Reserved for Advertisements
Advertise With Us Today!

Cuci

2008 · 1h 41m · Romantic Comedy Family

Mengisahkan empat pemuda yang merupakan anak angkat kepada sebuah keluarga telah meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke ibu kota Kuala Lumpur dengan satu azam untuk menceburi perniagaan pembersihan. Sebelum ini mereka banyak terlepas peluang pekerjaan disebabkan oleh sikap kurang ambil berat dalam segenap hal oleh adik-adiknya, dan membuatkan FAIRIL (Afdlin Shauki yang merupakan ketua dan seorang yang bercita-cita tinggi menggalakkan mereka menyertai sebuah pertandingan iaitu ‘Window Washing Olympic'. Pemenang dalam pertandingan ini akan menerima satu kontrak pembersihan yang besar iaitu membersihkan tingkap dan cermin bangunan pencakar langit KLCC, dan terceburlah adik beradik ini ke dalam dunia mencuci bangunan bangunan pencakar langit. Adakah adik-beradik FAIRIL, TAN (AC Mizal seorang yang cepat berputus asa dan yang takut kepada tempat tinggi, JOJO (Awie) yang berbadan besar dan cubamengambil alih tempat arwah nenek mereka TOK BI, dan KHAI (Hans Isaac) seorang yang lurus bendul menjadi penghalang kepada kejayaan FAIRIL kelak? Penganjur kepada pertandingan ini adalah CJ (Erra Fazira) dan dibantu oleh KALSUM (Umie Aida) yang diminati oleh KHAI dan JOJO. Tanpa pengetahuan KHAI, WIRA (Khir Rahman) yang merupakan pemegang kontrak pembersihan yang lepas, juga menyimpan perasaan terhadap CJ. Dengan kepintaran dan semangatnya serta kekayaannya, WIRA percaya dia mampu memenangi hati CJ. Adakah CUCI-CUCI SERVICES akan memenangi pertandingan tersebut? Dan siapakah yang mampu menambat hati CJ? Segala persoalan akan terjawab dengan menonton filem CUCI. Sebuah filem sulung arahan Hans Isaac, dengan mengambil pemandangan yang mengagumkan di sekitar Kuala Lumpur, bukan untuk jenaka semata-mata, tetapi melihat tentang kisah empat pencuci tingkap dengan sudut kamera yang menarik dan mampu membuatkan anda tidak berganjak dari tempat duduk. Kelakar, menyentuh hati, dan penuh dengan aksi-aksi komedi dengan kemunculan bintang terkenal seperti Dato’ Rahim Razali sebagai ahli perniagaan yang berjaya dan juga bapa kepada CJ. CUCI merupakan sebuah filem yang penuh warna-warni, bekerja keras, dan penuh ceria serta cuba membawa mesej ‘Malaysia Boleh Lakukan Jika Mereka Mencuba’ dan ANGAN-ANGAN ADALAH LANGKAH PERTAMA UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN.

View more
0.0 /5 0 Reviews
Rate Movie
Comedic elements
Dramatic tension
Action Sequence
Song Jin Woo
Adaptation
Performance
AI-generated highlights from the text of the user reviews

Rate This Movie

Popular Reviews


No reviews yet. Be the first to verify if Chot deserved that!

Similar Genre

View all

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content