Director

Dr Ahmad Idham

Producer

-

Script Writer

-

Main Cast

Shaheizy Sam

Dian P Ramlee

Awal Ashaari

Dato' Fizz Fairuz

Mustapha Kamal

Heliza Helmi

Ad Slot Available

This Space is Reserved for Advertisements
Advertise With Us Today!

Syurga Cinta

2009 · 87 minit · Romantic

Irham (Awal Ashaari), berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria (Mustapha Kamal) dan Puan Sri Mahani (Dian P. Ramlee) telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal (Fizz Fairuz) dan Alex (Shaheizy Sam) yang sangat mengenali perangai Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah (Heliza Helmi), seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya (Hisham Ahmad Tajuddin) sejak dari kecil. Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal (Hadziq). Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya. Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa disedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim seperti mendirikan solat dan dia merasa selesa dengan perubahan itu. Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex, Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Walaupun Irham memenangi pertaruhan itu tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar bahawa dia sangat mencintai dan menyayangi Syuhadah. Syuhadah pula telah mengelakkan diri dari bertemu dengan Irham. Di akhir cerita ini , Irham dan Syuhadah dapat bersama semula hasil bantuan Ikmal dan datuk Syuhadah .

View more
0.0 /5 0 Reviews
Rate Movie
Comedic elements
Dramatic tension
Action Sequence
Song Jin Woo
Adaptation
Performance
AI-generated highlights from the text of the user reviews

Rate This Movie

Popular Reviews


No reviews yet. Be the first to verify if Chot deserved that!

Similar Genre

View all

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content