Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Syamsul Yusof
-
-
Fattah Amin
Dato' Adi Putra
Khir Rahman
Wan Hanafi Su
Johan As'ari
Beto Kusyairy
Ad Slot Available
This Space is Reserved for AdvertisementsFilem ini berlatarkan akhir abad ke-19, di sebuah petempatan di Pahang. Ketika ini, sekumpulan pihak British yang diketuai seorang kapten tentera bernama Syers, sambil diiringi oleh Toga, seorang pembunuh upahan British asal Borneo, serta sekumpulan tentera British Sikh, sedang memburu tiga orang pahlawan atas kesalahan khianat. Akan tetapi, serbuan ini bertukar ganas dengan para tentera membunuh penduduk begitu sahaja, sehingga memaksakan ketiga-tiga pahlawan tersebut untuk menyerah diri, sebelum dihantar ke tahanan. Pada masa ini, pihak British mula mengeksploitasikan sumber bumi Pahang, demi merancang untuk meluaskan kuasa mereka. Tujuan dan cara perluasan kuasa British yang disifatkan melampau itu, merisaukan para pembesar tempatan, dan dengan itu, mula menentang penjajah British. Di Pulau Tawar, Mat Kilau sedang menjalani latihan bersama rakan-rakannya. Kerana kemahiran dalam pertempuran yang hebat, ini menandakan bahawa Mat Kilau dan rakan-rakannya bersedia untuk menentang penjajah British. Mereka kemudiannya datang ke rumah Usup untuk mempelawanya menyertai pasukan mereka, tetapi ditolak kerana ingin menjaga ayahnya yang keuzuran. Sementara itu, di sebuah kawasan perlombongan emas Kuala Tembeling, para pahlawan yang ditahan itu dibawa ke penjara British. Perbincangan diadakan pada kalangan pembesar Melayu untuk melantik ketua pahlawan Melayu bagi menentang penjajah British menjadi tegang, sehinggakan Mufti Bottoqh membuat keputusan untuk mengadakan perlawanan satu lawan satu antara Mat Kilau dan Mat Lela. Setelah selesai perlawanan tersebut, Mat Kilau, anak kepada Tok Gajah, dipilih oleh para pembesar sebagai ketua pahlawan, tetapi rakannya, Awang naik angin kerana tidak dipilih. Bertitik-tolak daripada itu, Mat Kilau dan Awang mula bertengkar dan berpisah. Ketika berpisah, Awang terserempak dengan pihak tentera British yang sedang memunggah bekalan senapang. Sementara itu, Wahid pula mengalami konflik dengan isterinya, Rokiah yang sarat mengandung, kerana sering berdampingi Mat Kilau, berbanding dengan isterinya sendiri. Sementara itu, pihak British mula melaksanakan sistem percukaian baharu di kawasan taklukan, dengan kutipan dilakukan oleh para tentera. Namun begitu, kadar percukaian adalah di luar kemampuan mereka, sehingga para tentera bertindak memeras ugut penduduk. Ketika itu, Mat Kilau datang lalu menyerang para tentera, seorang demi seorang. Akan tetapi, Awang pula tiba dan bertengkar dengan Mat Kilau, sehingga Syers yang kedengaran tentang berita tersebut, berkepeningan atas apa yang terjadi. Syers kemudiannya mempelawa rakan saudagarnya, Goh Hoi untuk memujuk seorang pembesar tempatan, Pak Deris, bapa kepada salah-satu pahlawan yang ditahan oleh tentera British pada awalnya, untuk menjadi pengintip dengan jaminan anaknya akan dibebaskan. Toga mendapat maklumat bahawa orang yang membuat kacau di jeti adalah Mat Kilau dan beliau berasal dari Pulau Tawar. Selepas kejadian di jeti, British mula memburu Mat Kilau, tetapi membawa kepadanya konflik yang mengorbankan warga tempatan. Mat Kilau muncul sekali lagi dan menyerang tentera sehingga Syers dan Toga hampir dibunuh. Walau bagaimanapun, Awang pula datang lalu menyuruh Mat Kilau untuk melepaskan Syers, dengan hujah bahawa membunuhnya hanya akan memburukkan keadaan. Kemudian, sedar akan kelengkapan persenjataan British, Awang dan rakan-rakannya berhasrat untuk merampas senjata mereka secara sulit untuk memperoleh kelebihan, tetapi ditentang oleh Mat Kilau kerana risiko lanjut yang boleh melanda. Meskipun begitu, rampasan tetap dilakukan dan berjaya. Rampasan itu membuatkan Syers naik angin, dan dengan ini, satu serangan besar-besaran dilancarkan, dengan jeti dan petempatan berdekatan dibakar. Tentera British dengan pembantu Toga, kemudiannya menyerbu rumah Wahid, dan Rokiah terbunuh dalam serbuan itu. Menyesal atas impak serangan balas tersebut, Awang memohon maaf kepada Mat Kilau atas perselisihan selama ini, dan mereka pun bersatu semula. Wahid menyerang dan membunuh beberapa tentera British, tetapi tidak berjaya akibat ditumpaskan tentera-tentera lain. Usup datang ke persembunyian Mat Kilau dan membuat keputusan untuk menyertainya. Kemudian, Mat Kilau dan rakan-rakannya menyerbu senyap-senyap pada waktu malam ke sebuah kem British, untuk selamatkan Wahid yang ditahan oleh Toga. Gaya serbuan pada awalnya bersifat selinap, lalu bertukar menjadi serangan terbuka. Para tentera cuba menyerang, tetapi sukar untuk mengalahkan mereka disebabkan oleh gaya pertempuran mereka. Wahid yang dilepaskan, bertempur dengan pembantu Toga, yang bertanggung-jawab membunuh Rokiah. Di luar pula, pahlawan lain sedang berusaha menumpaskan para tentera, tetapi Usup telah menjadi tawanan kepada Toga, lalu menarik perhatian Mat Kilau dan rakan-rakannya yang lain. Toga kemudiannya membunuh Usup dengan mengelar lehernya. Setelah seketika, mereka berundur ketika lebih banyak tentera British tiba. Mat Kilau, rakan-rakannya, serta beberapa orang penduduk tempatan bersembunyi di sebuah gua, untuk melakukan persiapan pertempuran, serta berjanji sumpah untuk bertempur. Sementara itu, Mat Kilau cuba memujuk penduduk-penduduk tempatan yang lain untuk menyertai perjuangannya, tetapi ditentang kuat kerana kacau-bilau yang diterbit susulan perjuangannya. Pada masa itu juga, kesangsian timbul bahawa ada pembelot dalam kalangan mereka, dengan Pak Deris akhirnya disyaki, sehingga beliau dikelilingi oleh Mat Kilau dan Wahid. Pak Deris kemudiannya dibawa ke pangkuan British, dan memberitahu tempat persembunyian Mat Kilau. Mat Kilau menasihati isterinya Yang Chik, untuk menjaga anaknya dan bersembunyi di dalam gua sehingga semua selesai. Selepas itu, Syers dan tenteranya tiba di tempat persembunyian Mat Kilau, dengan para tentera diarahkan masuk ke belantara dan mencari para pahlawan. Namun begitu, setiap tentera dibunuh oleh perangkap sulit Mat Kilau, sehingga seorang tentera sahaja yang terselamat, berjaya pulang ke Syers untuk melaporkan hal ini. Dengan itu, Syers memulakan pertempuran terbuka terhadap Mat Kilau. Tanpa disangka, banyak penduduk tempatan tiba-tiba muncul melawan, lalu mewujudkan pertempuran yang besar. Ketika itu, Pak Deris membongkar bahawa beliau telah memperdayakan Syers ke dalam perangkap mereka, akibat dipengaruhi oleh Mat Kilau, lalu mengelar leher Goh Hoi, sehinggakan Syers naik angin lalu menembaknya. Selepas seketika, tentera British semakin kalah dalam pertempuran, sehinggakan Syers melarikan diri. Sementara itu, Mat Kilau bertarung satu-lawan-satu dengan Toga, disertai dengan Wahid selepas itu. Kemudiannya, Wahid dibunuh oleh Toga, dan Mat Kilau sempat mengalahkannya dengan tikaman di lehernya. Akhirnya, pertempuran dimenangi oleh penduduk tempatan, dan selepas itu, Mat Kilau berpesan kepada yang masih hidup bahawa kekuatan sebenar orang Melayu bukanlah pada kebudayaan mereka, tetapi pada Allah.
No reviews yet. Be the first to verify if Chot deserved that!