Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Comedy ,
Musical
lot cerita ini berdasarkan kehidupan kugiran Rimba Bara setelah Zack (Hasnul Rahmat) mengambil keputusan untuk berundur dari kumpulan tersebut.[4] Cerita bermula dengan kisah bagaimana Amy Mat Piah (Que Haidar) melalui hari-harinya selepas dibuang dari kumpulan Rimba Bara. Hari-hari beliau sering dihantui dengan kisah Rimba Bara, walaupun beliau telah meneruskan pekerjaan beliau sebagai pembuat air batu campur. Pada masa yang sama Rimba Bara dikejutkan dengan perkhabaran tentang penyanyi utama mereka, Zul Kapan (Soffi Jikan) yang menghadiri uji bakat yang dilakukan oleh Syarikat rakaman milik M. Nasir, Luncai Emas. Berita tersebut telah sampai ke pengetahuan Amy dan kesempatan tersebut cuba diambil untuk merapati semula kumpulan lama yang pernah dianggotainya. Zul Kapan dan Lan Lentik meninggalkan Rimba Bara selepas Luncai Emas bersetuju untuk mengambil Kumpulan Malaikat Maut sebagai artis rakaman. Kebuntuan mencari ahli baru selesai apabila mereka mengambil Slash untuk menggantikan Lan lentik sebagai gitaris utama manakala Amy telah diberi peluang kedua sebagai penyanyi utama. Survival mereka diteruskan dengan kehadiran semula Cik Man yang baru menghabiskan hukuman penjara. Pengalaman pertama yang dilalui oleh Kumpulan Rimba Bara di Kuala Lumpur menyebabkan Jijoe merasa berat hati untuk menerima semula kehadiran Cik Man. Namun disebabkan peranan dan kesungguhan Cik Man menyebabkan mereka melupakan kesukaran lepas dan membuka lembaran baru. Perjuangan musik mereka di Kuala Lumpur tidak menjadi seperti yang mereka jangkakan apabila Cik Man menghilang selama 2 hari. Cik Man telah ditahan pihak Polis dan ia menyebabkan ahli kumpulan Rimba Bara mengambil keputusan drastik untuk pulang semula ke kampung halaman. Sebelum pulang ke kampung, mereka pergi ke Galatika dimana mereka bertemu dengan Cik Wan yang merupakan kenalan lama Slash. Pertemuan ini menghidupkan semula harapan perjuangan seni musik Rimba Bara. Namun harapan mereka sekali lagi musnah apabila Cik Wan ditemui mati. Ahli kumpulan Rimba Bara akhirnya pulang ke kampong halaman mereka dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Satu hari Amy didatangi Zul Kapan bersama Slash, Black dan anggota kumpulan Malaikat Maut yang mencari Jijoe. Sewaktu di rumah Jijoe, Zul Kapan menyatakan hasrat untuk kembali menyertai Kumpulan Rimba Bara. Kumpulan Malaikat Maut telah diharamkan disebabkan Ajak yang merupakan pemain Bass kumpulan tersebut telah menggigit itik hidup-hidup sewaktu mengadakan persembahan. Situasi yang sama berulang sekali lagi apabila ternyata vocal milik Zul Kapan tidak mampu ditandingi oleh Amy. Amy menangis kekecewaan namun dipujuk oleh Jijoe dan Zul. Mereka akhirnya melantik Amy sebagai pengurus kumpulan Rimba Bara. Pada tahun berikutnya,kumpulan Rimba Bara berjaya sampai ke puncak kejayaan apabila album sulung mereka terjual sebanyak 80,000 unit.Malah,mereka juga berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu 1989.Filem ini diteruskan dengan suara latar Amy Mat Piah yang menceritakan tentang zaman kemuncak muzik rock iaitu pada tahun 1990,apabila hampir semua peserta Anugerah Juara Lagu tahun 1990 merupakan kumpulan rock.Pada masa itu juga,demam rock berada di mana-mana dan pelbagai peristiwa dan tragedi berlaku akibat pengaruh muzik rock.Kemudian,apabila isu rambut panjang mula diperkatakan sekitar awal tahun 1990 an,kumpulan Rimba Bara telah menghadiri majlis potongan rambut bersama Menteri Penerangan ketika itu dan ianya menjadi babak terakhir perjuangan rock mereka.Pada masa yang sama,dunia rock semakin sayup ditelan peredaran zaman dan pengharaman muzik rock oleh kerajaan.Namun,bagi Amy Mat Piah rock sentiasa dihatinya.
Preparing your cultural journey...
Please wait while we load all content