Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Dr Ahmad Idham
Mejar David Teo
Dr Ahmad Idham
Fatin Afeefa
Aedy Ashraf
Erin Malek
Ad Slot Available
This Space is Reserved for AdvertisementsSeorang gadis keluar dari lapangan terbang untuk pulang ke desanya menghadiri satu majlis perkahwinan. Di dalam teksi, gadis tersebut telah terkenang zaman kanak-kanak bersama 5 orang sahabatnya. Tahun 1985, Asmawi, Bulat, Ketot, Budi dan Ila adalah 5 sekawan paling akrab di desa. Kelima-lima mereka mempunyai perangai dan telatah unik masing-masing. Namun, semua tahu Asmawi yang paling kacak adalah ketua mereka. Sebagai satu kumpulan, mereka menjadi kuat kerana masing-masing mempunyai kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bulat seorang yang berbadan besar, Ketot seorang yang garang walaupun bertubuh kecil, Asmawi seorang yang berdedikasi sebagai ketua, Budi punyai otak bergeliga manakala Ila menjadi pelengkap kepada mereka semua. Walaupun sering dikutuk kerana tidak berkelakuan seperti perempuan, Ila tidak menendahkan kata-kata orang lain kerana dia tahu dia mempunyai 4 orang kawan rapat yang sanggup bersama-sama dalam susah dan senang. Kelima-lima sahabat ini gemar melepak hingga larut malam pada masa bulan penuh dan berangan-angan satu hari nanti mahu pergi ke bulan. Kehadiran Zurina, seorang budak perempuan yang baru berpindah ke desa dan bersekolah di sekolah mereka, mula menggugat persahabatan mereka 5 sahabat. Zurina bukan sahaja cantik dan berbudi bahasa tetapi mempunyai ciri-ciri seorang budak perempuan yang menjadi idaman setiap budak lelaki. Ini menyebabkan Asmawi, Bulat, Ketot dan Budi berlumba-lumba untuk menambat hati Zurina dengan melakukan pelbagai cara untuk rapat dengan Zurina. Malahan mereka berempat meninggalkan aktiviti-aktiviti lasak seperti bermain bola, terjun ke sungai dan memanjat pokok semata-mata kerana mahu bermain pondok-pondok, lompat gelang getah dan congkak bersama-sama dengan Zurina. Kerana Zurina juga, Ila rasa cemburu dan tersisih kerana 4 rakan lelakinya mula memberi tumpuan kepada Zurina. Ini menyebabkan Ila cuba berubah menjadi budak perempuan tetapi perubahan ini hanya menjadikan Ila bahan ketawa mereka. Ila menjadi marah dan menyisihkan diri daripada kawan-kawannya. Asmawi menjadi semakin rapat dengan Zurina tetapi lama-kelamaan dia sedar yang dia rindukan Ila. Akhirnya Mawi menyedari bahawa tindakan mereka keterlaluan dan salah. Namun, penyesalan tersebut sudahpun terlambat apabila Ila melangkah pergi membawa hati yang luka ke Kuala Lumpur. Asmawi, Bulat, Ketot dan Budi meneruskan persahabatan mereka dengan Zurina dan pada setiap malam bulan mengambang, mereka masih impikan untuk pergi ke bulan. Tetapi, mereka tetap rasa kehilangan. Kembali pada masa sekarang, Ila menghadari majlis perkahwinan yang rupanya sahabat mereka. Zurina menyedari kehadiran Ila dan tersenyum melihat kedatangannya yang dianggapnya sebagai sahabat diikuti oleh Asmawi yang menjadi angkasawan, Bulat yang menjadi peniaga dan berkahwin dengan Zurina, Budi menjadi doktor dan Ketot menjadi ahli politik.
No reviews yet. Be the first to verify if Chot deserved that!
Preparing your cultural journey...
Please wait while we load all content