Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Syamsul Yusof
-
-
Maya Karin
Namron
Syamsul Yusof
Mawi
Fauzi Nawawi
Dato' Rahim Razali
Dato' Fizz Fairuz
Nasir Bilal Khan
Ad Slot Available
This Space is Reserved for AdvertisementsDua tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, kehidupan Ustaz Adam (Syamsul Yusof) kembali tenang selepas diselubungi dengan kematian isteri dan anaknya. Dia kini menjadi pendakwah bebas dan meneruskan tanggungjawab membantu golongan yang terkena gangguan sihir atau jin di serata tempat di kampung halamannya. Ujian yang menimpa sebelum ini telah mengajarnya untuk lebih tawaduk pada Ilahi. Namun apa yang mengelirukan, Adam sentiasa dihantui dengan imbasan-imbasan silam tentang kematian Maria. Adam juga sering didatangi seorang wanita misteri (Weni Panca) yang mempersoalkan tentang keimanan dan takdir Tuhan. Dalam masa yang sama, di seberang kampung tinggal seorang wanita bernama Sakinah (Maya Karin) dan anak perempuannya, Aina (Nur Zara Sofia). Sakinah terpaksa menjaga bapanya, Imam Malik yang mengidap penyakit misteri. Kehidupan Sakinah yang daif memberi tekanan padanya ditambah pula dia dan anaknya beberapa kali diganggu syaitan. Sakinah percaya apa yang dihadapinya berpunca dari Abuja (Nasir Bilal Khan), seorang munafik dan ketua ajaran sesat di kampung yang sama. Abuja mempunyai pengikut yang ramai dan digeruni oleh penduduk kampung. Sakinah atau sesiapa sahaja yang masih berpegang pada Islam adalah musuh Abuja. Abuja menggunakan sihir untuk menghancurkan sesiapa yang tidak mengikut ajarannya. Ini memaksa Sakinah untuk mencari Ustaz Adam. Kedatangan Ustaz Adam ke kampung seberang telah menimbulkan kemarahan Abuja. Adam bukan sahaja terkejut dengan apa sebenarnya berlaku pada keluarga Sakinah tetapi juga dengan ajaran sesat Abuja yang memesongkan akidah orang Islam di kampung itu.
No reviews yet. Be the first to verify if Chot deserved that!
Preparing your cultural journey...
Please wait while we load all content