Director

Dato' Afdlin Shauki

Producer

Gayatri Su-lin Pillai

Script Writer

Dato' Afdlin Shauki

Main Cast

Datuk Hans Isaac

Dato' AC Mizal

Dato' Afdlin Shauki

Dato' Awie

Ad Slot Available

This Space is Reserved for Advertisements
Advertise With Us Today!

Baik Punya Cilok

2005 · 1h 55m · Comedy

Kisah lucu 4 sahabat, Aben (Afdlin Shauki), Bob (Awie), Jerry (Hans Isaac) dan Wak (AC Mizal) yang berpakat untuk merompak Tauke Wong (Patrick Teoh), seorang tauke kedai pajak, bagi mendapatkan kembali kerongsang nenek Wak yang telah dipajakkan ketika Wak mahu mengahwini Nazatul (Nadia Mustafar). Menyedari nilainya begitu tinggi, Tauke Wong tidak mahu menjualkan kembali kerongsang tersebut, lalu menaikkan harga bunganya berganda. Wak tidak mampu membayarnya. Dalam keadaan yang terdesak, mereka berempat merancang untuk merompak Tauke Wong, hanya kerana untuk mendapatkan kembali kerongsang tersebut dengan lagak seperti Robin Hood abad baru. Leman mendesak agar mereka mengajar Tauke Wong dengan merompak apa sahaja barang yang ada di kedai pajak itu. Sahabat yang lain tidak bersetuju dengan ide Leman kerana mereka sebenarnya bukanlah pencuri dan jauh di sudut hati, mereka sebetulnya takut dengan akibat yang bakal menimpa. Namun, Leman kemudiannya telah menarik diri di saat akhir. Rancangan harus diteruskan dan persiapan rapi diatur. Setelah melakukan beberapa siri latihan, perbincangan dan strategi, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba bagi membuktikan kejantanan mereka. Tanpa diduga, kejutan telah menanti mereka di kedai Tauke Wong. Kedai tersebut telahpun dirompak terlebih dahulu oleh orang lain! Lebih malang lagi mereka berempat yang terpalit lumpurnya. Dengan sarung kaki wanita sebagai topeng dan timun serta terung yang dibalut bagi menampakkan seperti senjata, mereka telah ditahan polis ketika di kedai Tauke Wong, atas cubaan merompak. Hanya Jerry yang terlepas kerana berada di dalam kereta yang bakal mereka gunakan untuk melarikan diri. Kawan-kawan yang berada di lokap mula mencurigai Jerry. Ini kerana Jerry mempunyai beban hutang akibat suka berjudi. Namun begitu, Jerry jugalah harapan kawan-kawannya untuk membuktikan yang mereka tidak bersalah dan seterusnya mendapatkan kembali kerongsang nenek Wak.

View more
0.0 /5 0 Reviews
Rate Movie
Comedic elements
Dramatic tension
Action Sequence
Song Jin Woo
Adaptation
Performance
AI-generated highlights from the text of the user reviews

Rate This Movie

Popular Reviews


No reviews yet. Be the first to verify if Chot deserved that!

Similar Genre

View all

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content