Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Mamat Khalid
-
-
Rashidi Ishak
Usop Wilcha
Dato' Awie
Ad Slot Available
This Space is Reserved for AdvertisementsTiga tahun selepas kejadian dalam filem pertama, Husin telah diisytihar muflis akibat ditipu skim cepat kaya telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng-geng yang lamanya dan juga Mon, wanita yang mula-mula mengisi taman hatinya semasa Kampung Pisang dilanda Zombi dan penyebab kepadanya hendak berjaya walaupun tidak mempunyai SPM. Namun beberapa hari selepas itu Kampung Pisang telah dilanda sesuatu perkara yang aneh. Nampaknya sejarah misteri seratus tahun dulu berulang kembali. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung Pisang kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya sibuk merancang rombongan ke Singapura dan menawarkan Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah menjadi semakin rumit apabila Husin sendiri telah didapati hilang dirumah oleh Usop dan kawan-kawannya. Kesan yang tinggal hanyalah bekas bungkusan Maggi dari Singapura.
No reviews yet. Be the first to verify if Chot deserved that!
Preparing your cultural journey...
Please wait while we load all content