Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Dato' Afdlin Shauki
-
-
Namron
Vanida Imran
Datuk Hans Isaac
Dato' Afdlin Shauki
Que Haidar
Adam Corrie
Sari Yanti
Nasir Bilal Khan
Dato' Ahmad Tamimi Siregar
Ad Slot Available
This Space is Reserved for AdvertisementsFilem yang bergenre fantasi ini mengisahkan perihal dua beradik, Ilya(Que Haidar) dan Indra(Hans Isaac) yang menuju ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian bapa mereka, Iskandar(Datuk Ahmad Tamimi Siregar) yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long sekaligus menjadikan dirinya mangsa buruan sekumpulan gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh seseorang ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya merupakan seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Ilya juga merupakan anak kesayangan Iskandar dan sekaligus menjadi punca ketidakpuasan hati Indra ayg akhirnya membawa diri jauh daripada keluarga. Misteri dan teka-teki filem ini bermula pada hari kematian Iskandar, apabila buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra yang membuang diri daripada keluarga kembali ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Dalam surat itu, Indra diminta oleh arwah bapanya untuk menghantar Ilya ke sebuah tempat jika ingin mendapatkan habuan.Ilyai yang bersedih menurut pelawaan abangnya untuk pergi ke majlis pengkebumian arwah ayah mereka. Indra diminta membawa Ilya pulang kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster akibat berhutang dengan ah long. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama yang sering digunakan oleh arwah ayah mereka sewaktu dahulu. Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki 'dunia lain'. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan.
No reviews yet. Be the first to verify if Chot deserved that!
Preparing your cultural journey...
Please wait while we load all content